Selamat Datang Ke Ruang Suara Hati...

tuhan akan sentiasa memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan...jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada dalam diri kalian kerana segalanya adalah yang terbaik yang dikurniakan kepada kita....

Saturday, December 26, 2009

tired..anyway..happy new year!

ada bermacam-macam perkara yang meletihkan aku dalam dunia ni..kadang-kadang mmg susah untuk lepaskan apa yang terbuku dalam hati..tapi hakikatnya kita mmg x leh tahan apa yang ada dalam hati kita dan apa yang nak kita cakapkan mmg kita x leh tahan...kita sbnarnya kene kluarkan perkara yang meletihkan tu dgn cara2 yang sepatutnya..kadang2, aku rasa macam nak menjerit melepaskan geram..

tapi bila difikirkan balik, ianya memenatkan jiwa..memang benar, itulah sbnarnya, aku sendiri x tahu mcm mne nk lepaskan rasa penat ni...

letih...lesu..itulah yang aku rasakan bila aku duduk terperuk dalam rumah ni..tapi dalam hati aku dah nekad, aku mmg x sabar2 nk bukak sekolah ni..aku nk aktif koko balik n nak struggle habis-habisan utk pmr..mungkin keletihan yang macam ni dapat melupakan keletihan yang ada pada aku sekarang..huhu..apa sebnarnya yang meletihkan tu?

perkara yang meletihkan bila kita sakit hati tp terpaksa simpan...bila kita sedih, teraksa kita thn..bila kita perlu luahkan, tiada yang mendengar..perkara yang menyedihkanlah yang memenatkan jiwa...

jiwa yang letih hanya boleh disegarkan dengan ketenangan minda,...tapi bukan minda dan jiwa tu same jer ke? huhu..aku pun x phm apa yang aku tulis daa...

bila hati sarat dgn emosi, aku mula jadi lemah semangat..pendiam..susah nk berinteraksi dgn org..bila aku memikirkan masalah...aku rasa aku memerlukan orang yang mampu menceriakan hidupku..aku sedih dgn kehidupanku sekarang..huhu..(still bleh gelak kira x brapa kronik lah kot! HAHA..)

aku sememangnya letih..tapi mak cakap letih aku, letih lagi mak...ya..mmg benar...mak mmg banyak perkara nk difikirkan..tapi..perkara yang mak fikirkan bukan semuanya penting..ada hal2 yang aku x brapa berminat yang mak fikirkan aku x ske...

berfikir...
kdg kala remaja zaman ini suka berfikiran negatif apabila org yang lebih dewasa berkata'fikirlah untuk masa depan' sbb diorang rasa diorang dah fikir dan rasa diorang patut enjor masa muda ni..diorang malas nk jadi mcm org tua2yang kene jaga adab lah...ikut sunnah nabi lah...diorang rasa macam x de style gitu..huhu..
tapi diorang tetap berfikir...cme mereka2 ini tidak berfikir menggunakan akal, tetapi mengikut gerak hati...

ramai juga remaja zaman kini yang dikategorikan sebagai 'pemalas' yang menyifatkan berfikir merupakan sesuatu yang meletihkan...

hmm..mcm mne ni? semuanya terpulang pada kita..terpulang pada hati....kadang kita x tahu nk fikir ttg ape..ada yang buang mse dgn berangan..ade yang cakap, entah, aku ikut jer flow hidup aku..da abis spm nnt, aku masuk U pastu aku jadi lah apa yang patut aku jadi...yang mne yang kita patut fikir? itulah peranan hati..

kerana itu orang yang berakal ialah orang yang berfikir..
dan orang yang berfikir di dunia, maka di akhirat jaminannya syurga..
apa yang perlu kita fikir? itulah peranan hati..

jika kita mempunyai tekad, maka tekad itu seharusnya di dahulukan dgn doa, kemudian usaha dan akhir sekali baru tawakal...

tekad bukanlah sesuatu yang patut aku (sbg murid sekolah) fikir sehingga exam akhir thn untuk mendapatkan kelas terbaik thn hadapan..tapi tekad merupakan sesuatu yang aku dan sahabat2 seharusnya fikir sehingga kepada tekad bagaimana mahunya kita ketika mati kelak....
tekad itulah yang penting...berjaya dunia, akhirat pun pasti berjaya juga...

itulah konsep hidupku..cme terkadang aku tewas...aku tewas dalam melawan hawa nafsu..
aku golongan hawa yang mudah tewas...kerana itu aku menjadi takut unutk menghadapi ujian yang mendatang..kerana dengan adanya tekad, bererti ianya adalah destinasi yang pasti disusuli sekali bersama ujian..wahh..sukarnya hidup di dunia ini! namun ianya bakal menjadi mudah dgn doa...mungkin aku harus mendekatkan diri kepada tuhan...tapi, inilah yang paling sukar untukku..kerana bagiku, untuk istiqomah dalam hidup ini, amat sukar sekali..

FOCUS
CONCENTRATE
PASSIONATE
DICIPLINE
CONSISTENCY

ahh...5 perkara yang amat susah aku temui dalam diri manusia zaman sekarang..susah untuk aku terapkan dalam jiwa ku...
adakah kerana keadaan sekeliling? aku sendiri sukar ingin menjawab soalan itu..

5 perkara di atas mungkin boleh aku terapkan dalam jiwa, hati dan akal ku kerana itulah azam tahun baruku ini(walaupun beberapa hari lg baru new year)

ya...ada banyak perkara yang harus difikirkan..cinta?? biarlah ia datang sendiri...
mungkin sekarang, mungkin thn hadapan, mungkin 12 thn lg...mungkin.... ahh..aku sendiri tidak tahu..biarlah DIA yang menentukan segalanya...

'mungkin..mungkin...' perkataan ini yang selalu menahanku...letih rasanya bila aku terpaksa memikirkan perkataan mungkin...huh...dan hakikatnya..orang yang berkerut dahi membaca entry ku ini pasti berasa letih juga..maafkan aku wahai teman2 yang membaca kerana meletihkan kalian...

segalanya terpulang pada hati

No comments:

Post a Comment