Selamat Datang Ke Ruang Suara Hati...

tuhan akan sentiasa memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan...jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada dalam diri kalian kerana segalanya adalah yang terbaik yang dikurniakan kepada kita....

Wednesday, February 23, 2011

in my heart.. ;((

kadang2, aku berharap betul abah masih hidup lagi..

tetiba aku rasa kalaulah abah masih hidup n sihat macam dulu2, semuanya takkan jadi macam ni..

aku akui, ada ramai lagi yg lebih susah dan lebih derita hidup diorang berbanding aku. Dan aku akui juga, aku memang manja. Aku cepat tersentuh bila aku terdengar perkataan " Kau ni menyusahkan hidup orang je!"

Aku pasti, kalau abah hidup lagi, sihat macam ayah orang lain, aku takkan menyusahkan sesiapa...sbb abah yg akan jaga aku sepenuh hati..

aku teringat kasih sayang abah dulu..
apa aja yang aku mintak, semuanya abah akan tunaikan. Aku pernah nampak dalam dompet abah cuma ada 5 ringgit sehelai. Masa tu jugaklah aku mintak duit belanja nak pergi sekolah. Abah bagi aku 5 ringgit tu walaupun dalam dompet dia dah kosong betul masa tu..

bila pikir balik, aku takkan dapat layanan sebaik tu lagi dalam dunia ni. Cuma abah je yang mampu melayan kerenah anak bongsu die yang manja ni...

Aku sentiasa ingin kelihatan gagah di mata orang. Setiap kali orang bercerita ttg arwah abah, jauh di sudut hati, aku menangis meskipun aku seolah-olah tak ambil peduli. Sebab aku tahu...aku dah kehilangannn...

Aku juga sedar, aku mmg banyak mensia-siakan masa emas bersama arwah abah.. harini, aku rindu abah sangat2..

kalau abah masih hidup, abah akan sentiasa ada untuk aku. Sentiasa memberi buah fikiran di saat fikiran aku tengah kusut. Abah sentiasa ada menyokong aku kalau aku bergaduh dengan sesiapa. Abah macam teman baik aku.

Aku rasa dihargai bila abah cakap "banyak-banyak anak abah, Syasya yang kedua bagus selepas akak." bukan riak, tapi memang aku rasa aku istimewa di mata abah setiap kali abah cakap macam tu.

harini, bila aku bangun tido, aku berharap abah ada lagi dan sihat macam ayah orang lain sbb:

-dulu, abah yang kejutkan aku bangun pagi. Setiap kali abah yang kejut, aku pasti akan bangun. Tak tahu kenapa, suara abah memang aku cepat jaga. Mungkin sbb dulu aku agak takut sikit kot dengan abah.. ;p

-pastu, akalu aku lewat, abah lah yang akan hantar aku. Abah tak pernah keluarkan ayat "Kau ni menyusahkan orang" sbb tu aku cepat sgt touching bila orang ckp macam tu.. sbb aku tak pernah rasa aku menyusahkan abah.. sebab abah sangat ikhlas.

-aku dah takde abah...orang yang akan back up aku supaya tak masuk asrama. Abah kata "Adik tak payah masuk asrama. Duduk dengan abah lagi baik. Abah nampak depan mata apa yang adik buat."

-dan yang paling sedih sekali, aku dihantar ke asrama sbb

"takde sape yg nak hantar kau pergi sekolah...kau masuk asrama, tak yah menyusahkan orang lain nak mengejutkan kau pagi2..nk hantar kau pergi sekolah jauh2 tu.."

-Kalau abah ade, kalau abah hidup dan sihat....aku takkan rasa semua ni.... aku takkan rasa seteruk ni...

KERANA KASIH ABAH SANGAT LUAS... SANGAT MENYENTUH HATI.. DAN AKU SANGAT MENYESAL.. AKU TAK SEMPAT NAK BAGI TAHU ABAH AKU SAYANG DIA SANGAAAATT..

Wednesday, February 9, 2011

accident

ya Allah, nasib baik takde pape..aku hampir diterbalikkan.... huaaaa... takutnyeeeeee....

mana taknye, tgh sedap tido kat blakang, tetiba aku dikejutkan dengan hentakkan di belakang kereta..

aku terus terjaga dan kereta terangkat menyebabkan aku hampir terbalik.

dan yang paling best, tin milo berwarna ungu sangat kemek dibelakang sementara kereta kebalku yang berwarna hitam terselamat....tapi tetap kemek...dan tak leh jalan menyebabkan dia tetap kene tow..

kak wani drive menuju ke seremban.

mase tu, aku syok tido kat belakang. mak tgh berzikir ni sambil pgng tasbih..

tetiba ada kemalangan kecil kat depan sana.. agak jauhlah depan sana tuuu. selang 4 ke 5 kereta, di lane kanan, sume emergency break. kakak aku dengan kelajuan 60 km yakni sgtlah slow, bila emergency break sgtlah jauh dari kereta di hadapan. pastu kakak aku dan mak aku pun mengucapkan Alhamdulillahhh kerana berjaya berhenti agak jauh dari kereta di hadapan. masa tu semua dah tarik nafas legaaa..

tiba-tiba...GEDEGANGGGGG!!!!!

aku terhantuk di bahagian sit mak aku di hadapan. makanya muka aku takde pape kerana aku terhantuk di kusyen dan lepas tu aku tersandar balik di belakang kerana kereta myvi hitam telah menggelongsor sehingga menghentam kereta honda hitam di hadapan...BANGGG!!!!

lepas tu, disebabkan aku baru bangun akibat daripada hentakan dibelakang dan di hadapan, kepala aku pening-pening dan blurrr...

kereta tetiba jadi terangkat senget ke kiri sangat tinggi...pastu jatuh balik. perghhhh.. takut gilaaa..

bygkan, tayar tak memijak bumi..seketika selepas itu, kereta peronda polis dtg dan menghentikan semua kereta lalu membantu kami ke tepi.. kereta myvi berjalan dalam keadaan menakutkan.. bebunyi-bunyi...

pastu, aku n mak sangat panik,,...ktorang dah tak tau nk buat apa..

mak pun call pak uda...kebetulan pak uda menetap kat senawang n dekat, so mak call pak uda bgtau kami accident.

macam biasalah pak uda ku yang sangat otai, dia tahu lah jalan dalam nak gi tempat accident tuh.. pastu bila dia dah keluar lebuhraya utara selatan, jalan jammed sgt2..

pak uda gune lorong kecemasan. pastu plus peronda yang ada kat lane kiri kat situ tidak dihiraukan pak uda padahallll kereta kat blakang sume da kecut telo masuk lane kiri cepat2, pak uda dengan selambanya jalan sahaja menuju ke arah kami ini... kalau tak silap aku, pak uda cakap dia tak pakai seat belt pun masa tu,,.. gila otai kan pak uda aku? hehehe ;p

pastu, pak uda tolong setelkan pasal towing apa sume.. dia pun pnah accident dulu, so die la yg tolong uruskan sgala-galanya....

setel masalahhhh..

-tamat-