Selamat Datang Ke Ruang Suara Hati...

tuhan akan sentiasa memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan...jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada dalam diri kalian kerana segalanya adalah yang terbaik yang dikurniakan kepada kita....

Thursday, December 24, 2009

Kejadian yang ku alami..

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang

Astaghfirullahalaziim...itu sahaja yang mampu ku ucapkan ketika aku terdengar sesorang menjadikan kalimah Allah sebagai bahan gurauan.. seseorang ini hanya mampu ku gelar 'hamba Allah'.. nama beliau terpaksa dirahsiakan kerana aku tidak mahu mengaibkannya di halaman luahan hatiku ini...

Pada malam itu..kami terdengar dia mengucapkan yang bukan2..mengumpat, mengutuk dan memerli hamba Allah yang lain.. aku dan ibuku yang berada di dalam bilik ketika itu mencari jalan untuk menasihatinya kerana Hamba Allah yang seorang ini begitu payah untuk mendengar nasihat orang lain dan sekiranya kami meningatkan, kemungkinan besar kata2 kami itu dipermain-main kan..

aku yang sudah tidak dapat menahan diri berkata " sebutlah Allah..Allah..Allah..zikir banyak2,,jangan mengumpat orang dikala umur yang sudah banyak ini..dapat pulak tgh sakit..menambah dosa itukan x elok.."

Aku terdengar Hamba Allah ini berkata" oh macam tulah..habis tu kalau adik tanya ape2 kene jawab Allah3...macam tu ke? 1+1+ Allah3...macam tu ke dik? bila org tnye kene jawab mcm tu la? org tnye pendapat pun kene jawab Allah3..ke?"

Astaghfirullahalazim...aku cuba berbincang dgn ibuku mengenai ini..
"ibu, adakah dia(hamba Allah) sudahtidak tahu lagi siapa yang disebutnya itu?"
tapi aku tahu ibu hanya akan berkata dia sudah tua dan tidak mampu untuk mengubah dirinya lagi..

betapa sedihnya aku ketika itu..kalimah Allah itu sudah tidak memberi kesan lagi kepadanya..apakah dia sudah lupa akan Tuhan yang mencipta kan dirinya sehinggakan dia sanggup meninggalkan suruhan tuhan dan lupa mengenai tanggungjawabnya di dunia ini? dia telah menghadapi banyak kegagalan..namun aku menjadi hairan mengapa tidak dia belajar dari kegagalan yang dia alami itu?

aku tersedar..dia mmg tidak pernah sedar akan kesalahannya...sering menyalahkan orang lain..malah tidak pernah sekali pun aku mendengar dia berkata" mmg ini semua salahku"
aku sememangnya tidak pernah mendengar kata2 itu dari mulutnya..

mungkinkah hatinya pernah berkata begitu namun kerana egonya sebagai seorang lelaki tidak membenarkan dia berkata begitu? Ya Allah..kau berikanlah petunjuk kepadanya...hanya Engkau yang Maha Mengetahui..

sesungguhnya..aku begitu sedih dgn keadaan ini..begitupun aku tidak dapat memberitahu kepada pembac2 sekalian siapakah dia dgn ku keranakemungkinan besar kalian mungkin mengenalinya...

dugaan ini begtu berat untukkku kerana dia lebih tua berbanding aku..ya...mmg benar...dia mempunyai pengalaman hidup lebih banyak berbanding aku..

tapi aku pernah dgr seseorang berkata..
"tidak kisahlah berapa umurnya, apa pekerjaannya, sampai tahap mana seseorang itu belajar hatta dia seorang penjenayah sekalipun, namun jika yang keluar dari mulutnya itu adalah benar, maka tidak perlulah kita memandang serong atau menidakkan kata2 itu.."

tapi..bila aku mengeluarkan bait2 di atas..Hamba Allah tersebut menidakkan dan mempersia-siakan apa yang aku luahkan..mungkin dia sudah tidak mampu untuk berubah lagi kerana dia sudah hampir 60 tahun..tapi.. benarkah? bukankah pintu taubat masih terbuka? mengapa beliau tidak boleh membuka hati dan mindanya untuk berubah? ya tuhan..aku lebih yakin kini...segala--galanya terpulang pada hati..

hatinya yang menidakkan..kerana itu semuanya jadi begini...

setiap kali aku bertemu dgn wajahnya, aku hanya mampu pasrah dan redha...

segala-galanya terpulang pada hati


1 comment:

  1. memaafkan lebih baik dr berdendam...mayb belum sampai masa utknya bertaubat...ape yg sha leh wat sentiasa berdoa d bukakn pintu hatinya kembali kejalan Allah...amin...my nasihat... tunjukkan kesabaran dpnnye,hope satu hari nanti dia akan tertunduk dgn kesabaran yg sha tunjukkan...;)

    ReplyDelete