Selamat Datang Ke Ruang Suara Hati...

tuhan akan sentiasa memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan...jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada dalam diri kalian kerana segalanya adalah yang terbaik yang dikurniakan kepada kita....

Sunday, September 19, 2010

Orang Punya... (tak reti nak buat cerpen...hentam sajalah..)

Bila first time jumpa,...rasa...hmmm...rasa apa? mestilah rasa teruja.

dalam hati rasa ingin memiliki... tapi......

laaaa....orang punya rupanya.

tiba satu saat, e'eh...dekat betul dia dan aku...tapi malangnya....
orang punya...mana boleh..

Sampai satu saat,...bila terlihat engkau dan dia,... cemburu meluap-luap...tapi kenelah sedar diri.. walau macam mana suka pun,..dia tetap bukan milikku..

yelah,... orang punya kan,...

Bila waktu malam,..tengok dvd korea kegemaranku,... e'eh.. hero dia handsome sangat..! ceritanyer pun sweet...teringin sangat nak ada kisah cinta yang sweet macam tu dengan si Dia...

tapi.... dia orang punya...

Kadang-kadang duduk-duduk borak dengan kawan2,.. diorang suka cerita ttg si Dia masing2,... aku cuma dapat senyum dan 'tumpang' gembira... Tumpang Jerr..?? hmmm...yang menumpang takkan sama dengan yang betul-betul gembira.... sbb yang 'menumpang' ni.... takde cerita yang nak dikongsi...
yelah....si Dia kan orang punya...

satu hari, aku bercerita dengan teman baikku mengenai si Dia,.. betapa aku sukakan Dia,... tapi ..
bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi... temanku berkata,.. "dia cuma bukan yang terbaik untuk kau,..sebab tu dia untuk orang lain.."

dia memang orang punya...

Saat aku menerima undangan si Dia yang orang punya tu,... untuk keluar jalan-jalan bersama,...aku gembira sangat... Sejak tu,.. kami berkawan.. aku tahu dia masih orang punya...tapi aku suka.... walaupun dia milik seseorang,...tapi dia menjadi temanku.... Saat dia menjadi teman baikku,...dia menceritakan segalanya padaku mengenai kekasihnya yang mengecewakan,...aku menjadi pendengar setia... Kerana aku mencintainya..

Dan satu hari,... aku terserempak dia dan kekasihnya.. berjalan berdua berpegangan tangan.. hatiku menjadi sakit... Dan selepas itu tidak pula dia mencari ku,... bila aku bertanya,.. katanya,.. dia sudah berbaik semula dengan kekasihnya...


rupanya aku cuma sandaran... Bila nak ambik, Bila tak nak BUANG......


Aku berbual dengan abang sulungku yang sangat baik hati,.. berkongsi cerita ttg impian masing2,.. tiba-tiba dia berkata " kalau aku super duper kaya,.. aku akan hadiahkan kau kereta,..masa tu,..mesti ramai orang yang tackle kau.."
aku jawab,.." hmm... masa tu, aku akan pilih orang yang kaya, hot, dan baik! hehehe ;p" kata-kata ku cuma gurauan...tiba-tiba abangku berkata "selalunya orang yang berkriteria macam tu, kebanyakannya,....

orang punya...!"

hmmm...sampai bila...? asal suka jer...sikit2...

' ORANG PUNYA..'

Sehinggalah suatu hari,.... aku tertawan dengan seseorang,....dan aku terjumpa si Dia yang perfect sesangat..! Dan ketika itu juga aku terfikir.... ni mesti...

orang punya jugak....

Lalu aku tidak mahu menaruh harapan.... Aku tidak memperdulikan Dia yang cuba mengapproachku... Sebab,.. aku yakin,...

mesti dia dah ada orang yang punya....

Lalu,... aku tidak mahu memperdulikan Dia yang setiap hari seakan bersungguh-sungguh untuk menghampiri aku... mendekati dan ingin menyayangi... kerana aku serik.... cukuplah.. aku ter 'suka' pada orang punya dan kecewa.... aku tak mahu lagi ianya berulang...

aku tak mahu lagi rasa sakit yang datang tiap kali aku mencintai orang punya...

Sampailah suatu hari,... dia menarik tanganku,.. membawa aku masuk ke dalam keretanya.. dan aku mendengar rayuannya... dia bertanya berkali-kali..... mengapakah aku tidak mampu menerimanya..? apakah kekurangan dirinya..? Hakikatnya dia terlalu sempurna di mata aku,... Sehingga aku takut untuk menerimanya...

Tanpa dia sedari... aku sebenarnya tidak mampu hidup walau sehari tanpa gurauannya... Aku tahu dia jemu memujukku... namun aku membesarkan ego... biarkan... Aku mampu hidup tanpa si Dia yang aku pasti seorang playboy atau dalam kata lain,... orang punya...

Teman baikku menemuiku,...lalu bertanya,... Apa Lagi Yang Aku Mahukan? Dia bukan milik sesiapa,....bukan Orang Punya....

Aku terpana,....betul ke? eleh... saja lah tu... Bukan tak terasa dalam hati ni... tapi Biasalah... mana ada orang jujur dalam dunia ni...

si Dia menemui aku lagi,.... dan kata-katanya begitu menakutkan aku,...

"Kenapa bila ada orang yang benar-benar sayang awak,... Awak ignore..? Sampai bila..? Sampai orang di sekeliling awak gelar awak anak dara tua...? Sampai awak tak jumpa lagi peluang macam ni...?"

Dan ketika itu,...aku berbicara begitu menyakitkannya...

"Kenapa Saya..? Sampai bila awak nak kejar orang yang macam saya ni..? Saya takkan berlari kepangkuan orang yang akan mengecewakan... Awak tak perlu tahu sampai bila saya akan macam ni..."

Dia memberi jawapan yang cukup menusuk kalbu...

"Sampai satu ketika,....takkan ada lagi orang yang mampu sayangi awak.. Bila agaknya hati awak akan terbuka untuk saya...? Tolonglah sedar.... Saya yang berada di sini,.. mampu goyah cintanya.. Saya memerlukan awak untuk menguatkannya... jika tidak,.. Cinta Ini Akan pergi..."

aku sedar ketika itu,....peluang yang datang cuma sekali...

yang bulat takkan datang bergolek,...
yang pipih takkan datang melayang...
burung yang terbang juga tak semestinya mendarat di atas pokok....

Si Dia memberitahuku,... Dia akan pergi,... Dan berharap aku akan menahannya,...


Puas aku berfikir,...dan aku memutuskan untuk mencarinya.. Dan mengatakan aku juga Mencintainya Sepenuh Hati.... Kaki ku hayun pantas untuk mengejarnya yang pasti semakin jauh.. Hatiku menjerit kuat untuk memberitahunya betapa aku mencintainya....

Dan... aku menemui cintaku di sana... Aku menghampirinya dan memberitahunya betapa cinta ini miliknya...

Dia mendakap tubuh ini... dan berbisik " Lepas ni,.. bolehla awak beritahu kawan-kawan awak,.. Saya ni Awak Punya...!"

aku tertawa bersamanya diiringi angin malam yang membias wajahku ... Egoku kalah akhirnya...

Saya cinta awak sangat..! Terima Kasih Awak..!