Selamat Datang Ke Ruang Suara Hati...

tuhan akan sentiasa memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan...jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada dalam diri kalian kerana segalanya adalah yang terbaik yang dikurniakan kepada kita....

Thursday, December 30, 2010

Egokah aku?

result pmr dah kuar..
aku rasa sangat........ hmm..x tau nk ckp mcm mana..
aku rasa cita-cita abah nak tengok aku jadi doktor tu macam terkubur je...
rasanya aku akan ambik bidang lain...
kalau setakat math je A, science tak, memang aku tak dapat lah nak ambik pure science..
so, kesimpulannya, x dapeklah den nak nolong..

agaknya kalau orang lain dapat result macam aku dalam keadaan sekarang,.. mesti diorang nangis teresak-esak kan?

tapi, egokah aku sebab aku langsung tak nak menangis di depan sapa-sapa?
cuma setitis airmata aku yang kuar..
yang lain-lain, simpan kat dalam..

konon-konon nak pendam lah kan...
pape je lahh.. aku nak frust pun tak boleh, sbb memang salah sendiri..


PADAN MUKA AKU!!!

huhhhh...

~the end~

Monday, December 20, 2010

Abah....

ABAH...seorang lelaki...seorang suami...
diluarnya nampak garang...nampak tegas,...
sedangkan di dalamnya terdapat sekeping hati...
hati lembut yang menyayangi anak-anaknya...
hati kental yang gigih mencari sesuap nasi buat keluarganya...
disebalik wajah garang dan kata-kata kesatnya....
rupanya terdapat beribu-ribu warna-warna kasih..
cinta yang ikhlas bersemi buat anak-anaknya...
dan di antara mereka adalah...AKU...


Abah...entah mengapa.. 15 tahun aku hidup..baru hari ini aku mengenang kembali kisah hidup kita sekeluarga..
baru hari ini aku mengenang kasih sayangmu..
sedang selama ini aku fikir kau membenciku...
rupanya....disebalik wajah amarahmu... terselit seribu kasih sayang...
memang benar..manusia terlalu banyak membuat kesilapan..
dan kesilapanku adalah..aku tidak dapat menilai kasih sayang abahku sendiri yang kini semakin dimamah usia...


terasa jantungku berdetak hebat tatkala aku melihat airmatamu mengalir tatkala kau mengucapkan kata-kata
"Abah tak tau abah sempat tak tengok kejayaan adik...harapan terakhir keluarga kita...."


aku malahan menjadi semakin sebak tatkala melihat abah sekali lagi menunjukkan ekspresi sedih ketika aku mengangkatnya dari kerusi roda untuk turun ke katilnya..


"Allah...anak abah...beruntung abah ada anak macam adik ni...(sambil tu tangisannya keluar) Ya Allah....syukur aku ada anak macam ni...agaknya kalau tak ada adik, abah dah lama mati kat dalam rumah ni...."


semakin aku melihat abah, sebak di dada semakin memberat..seakan menyuruh airmataku keluar membasahi pipi...tapi, egoku menahan airmata itu. Aku seakan benci untuk menangis dihadapan abah...Abah bukanlah tempat untukku mengadu kesedihan..kerana abah sepatutnya menjadikan aku tempat penyandarnya.


aku tinggalkan abah sendirian di dalam biliknya. Aku berlalu masuk ke bilikku dan...airmataku tumpah jua..


KETIKA aku masih lagi seorang kanak-kanak kecil, aku sering dimarah abah kerana aku merupakan kanak-kanak yang cengeng. Airmataku tumpah dengan perasaan sedih bercampur takut. Takut dengan tengkingan abah. Malah, aku juga pernah mendengar abah mengeluarkan kata-kata kesat "kau ni memang tak patut dilahirkan!"


aku membenci abah setiap kali aku mengingati kata-kata seperti itu. Rupa-rupanya..manusia buat silap. Bukan salah abah...bukan juga salah takdir...Tapi sememangnya sudah tersurat abahku memang begitu.


Bila ku kenang kembali, dalam kemarahan abah, terdapat banyak kasih sayangnya.
Malah banyak juga jasa dan budi baik abah di dalam keluarga ini. Dalam tak sedar, banyak juga perkataan tak enak mengenai abah singgah di pendengaranku. Abah inilah, abah itulah...


Tapi tiba-tiba...setelah abah mula jatuh sakit, aku tersedar, mereka yang pernah memperlekehkan abah dulu, tak mampu memikul tanggungjawab yang telah abah laksanakan.


DULU, masa sahur, abah selalu mendukung aku dari atas katil hingga ke bilik air. Aku sememangnya anak manja abah. Susah nak bangun pagi.


MASA darjah dua, aku pernah cakap dekat abah "Adik takut nak pegi sekolah...keje sekolah tak siap lagi...nanti ustazah marah adik..."


abah cakap.."ustazah takkan marah...meh abah tolong adik buat...tapi adik janji, lepas ni kene rajin pergi sekolah tau...."aku mengangguk manja....


memang, kalau nak diikutkan, rekod kedatangan aku ke sekolah merosot ketika aku darjah 6, tingkatan 1, 2, 3... semuanya tahun-tahun abah sakit... sedangkan sebelum itu, abahlah yang bertanggungjawab memastikan aku ke sekolah setiap hari...


ABAH akan sentiasa memastikan anak-anaknya ke sekolah. Lambatlah bagaimanapun, tapi mesti pergi. Aku kenal abah.


tiada siapapun yang mampu menjadi abah...bertanggungjawab seperti abah...menyayangiku seperti abah...aku bersalah kerana pernah menganggap abahku seorang yang tidak berguna, membencinya, bersangka buruk dengannya...semuanya salahku, dosaku....


SEKARANG......abah cuma mampu melihat...


abah dah tak berdaya...nak mengeluarkan pendapat pun tak ada siapa yang nak dengar...


abah nak makan pun aku yang suapkan kini...abah dah tak nampak...
matanya semakin rabun akibat penyakit yang dihidapinya...
aku sedih melihat abah begitu....
aku sentiasa berharap...abah....tunggu adik....
adik nak jadi doktor...tapi abah kene tengok kejayaan adik...
cita-cita abah...nak tengok adik jadi doktor....
adik akan tunaikan abah..
meskipun rasanya bagaikan terlewat, tapi adik akan cuba...
spm nanti....adik akan cuba menggapai cita-cita abah tu....
cita-cita kita....


abah...mungkin selama ni...adik selalu biadap dengan abah...tapi bah...
adik tak sengaja...kalaulah adik boleh luahkan dekat abah... betapa menyesalnya adik biadap dengan abah...malangnya...adik terlalu ego...
susah rasanya nak luahkan kata maaf...
abah....harini adik sedar...adik sayang sangat dengan abah...!!


ABAH..khamis ni, keputusan pmr adik nak keluar...adik takut adik akan mengecewakan abah..
adik sedar...pmr ni. adik langsung tak struggle macam upsr dulu...


pmr ini....adik langsung tak tengok buku. Abah...adik mintak maaf...tapi adik janji..
lepas ni..adik takkan beli novel lagi....adik janji...lepas ni adik takkan sambung lagi novel yang adik tulis tu...


abah kata"membazir masa berangan menulis novel ni...adik belum cukup matang untuk menerapkan pengajaran yang cukup untuk orang lain nak baca novel adik tu... lain kali adik boleh tulis tapi tak sesuai rasanya nak tulis masa zaman persekolahan ni..."


adik terima nasihat abah tu....


ABAH...
penyakit abah semakin teruk lately...
bengkak sana sini...
kak wani cakap dah effect buah pinggang...
adik dah tak tau nak buat apa lagi...
mak pun dah tak tau nak buat apa...
adik......sayang abah...
abah...bertahan lah abah....
abah...adik tak nak tengok abah nangis depan adik...
nanti adik nangis jugak....
abah....
janganlah buat adik terkenang-kenang ayat abah yang satu ni..


"ABAH tahu...abah ni cuma tunggu mati je.....tapi abah teringin nak tengok kejayaan adik...."


abah.....adik sedih....adik dah nangis tulis entry ni..
syukurlah adik ada blog tempat luah perasaan...
kepada kawan-kawan, sayangilah ABAH kalian...
dia cuma ada satu, tiada lain yang sepertinya..
andai ada kekhilafan dirinya...carilah silap diri kita...
kita pasti akan jumpa kasih sayang disebalik ABAH..