Selamat Datang Ke Ruang Suara Hati...

tuhan akan sentiasa memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan...jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada dalam diri kalian kerana segalanya adalah yang terbaik yang dikurniakan kepada kita....

Wednesday, February 9, 2011

accident

ya Allah, nasib baik takde pape..aku hampir diterbalikkan.... huaaaa... takutnyeeeeee....

mana taknye, tgh sedap tido kat blakang, tetiba aku dikejutkan dengan hentakkan di belakang kereta..

aku terus terjaga dan kereta terangkat menyebabkan aku hampir terbalik.

dan yang paling best, tin milo berwarna ungu sangat kemek dibelakang sementara kereta kebalku yang berwarna hitam terselamat....tapi tetap kemek...dan tak leh jalan menyebabkan dia tetap kene tow..

kak wani drive menuju ke seremban.

mase tu, aku syok tido kat belakang. mak tgh berzikir ni sambil pgng tasbih..

tetiba ada kemalangan kecil kat depan sana.. agak jauhlah depan sana tuuu. selang 4 ke 5 kereta, di lane kanan, sume emergency break. kakak aku dengan kelajuan 60 km yakni sgtlah slow, bila emergency break sgtlah jauh dari kereta di hadapan. pastu kakak aku dan mak aku pun mengucapkan Alhamdulillahhh kerana berjaya berhenti agak jauh dari kereta di hadapan. masa tu semua dah tarik nafas legaaa..

tiba-tiba...GEDEGANGGGGG!!!!!

aku terhantuk di bahagian sit mak aku di hadapan. makanya muka aku takde pape kerana aku terhantuk di kusyen dan lepas tu aku tersandar balik di belakang kerana kereta myvi hitam telah menggelongsor sehingga menghentam kereta honda hitam di hadapan...BANGGG!!!!

lepas tu, disebabkan aku baru bangun akibat daripada hentakan dibelakang dan di hadapan, kepala aku pening-pening dan blurrr...

kereta tetiba jadi terangkat senget ke kiri sangat tinggi...pastu jatuh balik. perghhhh.. takut gilaaa..

bygkan, tayar tak memijak bumi..seketika selepas itu, kereta peronda polis dtg dan menghentikan semua kereta lalu membantu kami ke tepi.. kereta myvi berjalan dalam keadaan menakutkan.. bebunyi-bunyi...

pastu, aku n mak sangat panik,,...ktorang dah tak tau nk buat apa..

mak pun call pak uda...kebetulan pak uda menetap kat senawang n dekat, so mak call pak uda bgtau kami accident.

macam biasalah pak uda ku yang sangat otai, dia tahu lah jalan dalam nak gi tempat accident tuh.. pastu bila dia dah keluar lebuhraya utara selatan, jalan jammed sgt2..

pak uda gune lorong kecemasan. pastu plus peronda yang ada kat lane kiri kat situ tidak dihiraukan pak uda padahallll kereta kat blakang sume da kecut telo masuk lane kiri cepat2, pak uda dengan selambanya jalan sahaja menuju ke arah kami ini... kalau tak silap aku, pak uda cakap dia tak pakai seat belt pun masa tu,,.. gila otai kan pak uda aku? hehehe ;p

pastu, pak uda tolong setelkan pasal towing apa sume.. dia pun pnah accident dulu, so die la yg tolong uruskan sgala-galanya....

setel masalahhhh..

-tamat-

No comments:

Post a Comment