Selamat Datang Ke Ruang Suara Hati...

tuhan akan sentiasa memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan...jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada dalam diri kalian kerana segalanya adalah yang terbaik yang dikurniakan kepada kita....

Monday, January 31, 2011

ABAH.. kau pergi jua..

Sayangnya... harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Oh... Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat kucurahkah kasihku
Kau pergi tak kembali..

abah..telah selamat dikebumikan pada 18/1/2011..
sedih tak terkata... lebih sedih lagi.. di saat2 terakhir abah pergi, aku tak sempat berada di sisinya..

pagi tu, jam 6.15 min aku bangun dan terus mandi.. kak wani di sebelah masih lena...
jam 6.20, tgh mandi, kak wani ketuk pintu bilik air...ketuk pintu bertalu-talu. aku pun berhenti mandi dan keluar dengan tuala. Terpinga-pinga melihat kak wani kerisauan.

"dik, mak kata tadi jantung abah berhenti sekejap. jom cepat kita tengok abah. aku takut ni.. cepat2!"

aku sepantas kilat, pakai baju dan bersiap-siap dengan segera. kak wani terus menyarungkan tudung di kepalanya. aku dan kak wani menaiki motorsikal menuju ke Hospital Universiti.

jam 7.00 pagi, aku menerima panggilan telefon dari maksu "Syasya, abah dah meninggal ke?" terus aku cakap "tak, belum lagi maksu..ehhh saya tak tau ni.. kami otw nak ke hospital lah ni" terus aku letak telefon. dalam hati ni dah berdebar-debar. Apa yang maksu cakap ni?

jam 7.15 minit, kami berdua sampai juga di wad dialesis abah.. aku dengan kak wani main parking je kat luar tu. kepala ni kusut sangat. aku berlari sampai ke lif, pastu bila sampai ke tingkat lapan, aku terus melulu masuk ke dalam..............



ALLAHUAKBAR..tangisanku pecah di situ jua.. wajah abah tenang...tapi aku rasa pelik, matanya terbuka..kata mak, dia teringin nak tengok semua anaknya ada di sisi.. sbb tu matanya terbuka...

abah aku cium....tapi sekejap-sekejap.. bila air mata nak mengalir, aku angkat kepala...tak sanggup aku menyeksa abah dengan air mataku... pastu aku tak sanggup nk tgok abah lagi...
aku lari ke luar dari kawasan katil abah...

aku menangis teresak-esak di dada abang syam...aku nampak mata abang syam memerah. mungkin dia pun baru lepas menangis.. abang syam peluk aku dengan kak wani erat-erat..dia cakap, sedekahkan al-fatihah buat abah...sambil2 tu, aku terdengar suara abang syam menangis sama-sama dengan adik-adiknya yang dia peluk ni...


jenazah arwah abah dihantar pulang ke kampung. Mak Lang, akk abah tunggu di kampung.
bermacam-macam kenangan terimbau..dan..aku paling sedih masa aku cium abah buat kali yang terakhir..abah...

tapi masa kali terakhir aku cium abah...masa tu mata dia dah tutup.. mungkin sbb semua anak-anak dia dan orang2 yang dia nak tengok semuanya dah ada kat situ..aku betul2 rindu..

sampai harini, mak masih lagi nangis walaupun dah beberapa hari dah abah pergi...sedih masih belum hilang..


abah... ;'(

sekarang ni..aku spechless..x tau nk cakap apa lagi dah.. terlampau sedih...

No comments:

Post a Comment